sEgAlaNya kU tEriMa

Menyingkap kembali cerita sewaktu kecil memang menyeronokkan. tiada rasa sedih, tiada apa yang perlu difikirkan. Apa yang ada dalam fikiran hanyalah "MAIN"..

Teringat aku sewaktu kecil. Ditimang, dimanja, dibelai dengan kasih seorang ibu. Ibu yang penyayang. Ibu yang begitu menyayangi diri ku.. 16 hb Ogos 1989, itulah tarikh aku dilahirkan. Tidak pernah aku melupakan tarikh itu kerana ketika itulah aku hidup di bumi Allah ini. Tangisan yang kedengaran sewaktu aku keluar dari perut ibuku melegakan semua orang yang menyayangiku.. Perempuan! hehehe

Aku diberi nama NURUL AFIFAH bermaksud 'cahaya yang menjaga kehormatannya'. aku tersenyum girang ketika namaku diberi..(kononya laaa..). Umi dan abah memanggilku dengan gelaran 'Epah'.. Itulah nama manjaku.. Aku punya 4 orang abang dan seorang adik malah adikku lelaki! ha ha ha nampaknya aku adalah satu-satunya perempuan dalam keluarga. Bertuahnya hidupku..

Aku cukup bertuah kerana dibesarkan di kawasan kampung. Tiada siapa yang menghalang untuk ke sana dan ke sini. Cukup bebas berbanding kehidupan di bandar kerana seringkali dilarang bimbang diculik! Aku membesar bersama umi dan abahku. Walaupun sibuk bekerja namun mereka punya masa menjagaku pada waktu malam. Umi aku bekerja sebagai jururawat dan abahku bekerja sebagai Pembantu Teknologi Makmal Perubatan di Hospital Kuala Rompin. Pada siang hari aku, abang2 ku dan adik bongsuku dijaga oleh pembantu rumah namun bagi kami Kak Siti bukanlah pembantu. Dia bagaikan KAKAK kami...

Dibesarkan bersama-sama abang2 serta adikku membuatkan aku menigut segala permainan yang mereka mainkan. Apa yang aku tak pernah main?? Bola Sepak? Baling Selipar? Memancing? Main basikal? Badminton? Mandi paya? Panjat pokok? malah sehingga kini sepak takraw masih menjadi permainanku.. Aku tidak pernah merasai bagaimana rasanya bermain pondok2, kawin2 ataw sebagainya. Aku tidak merasai semua tu. Apa yang aku tahu semuanya permainan lelaki.. Malah sewaktu kecilku aku tidak ada kawan perempuan! ha ha ha kawan2 adikku itulah kawan aku dan begitu juga abangku...

Waktu aku kecil, aku hanya rapat dengan adik serta 2 orang abangku iaitu abg de dan abg cik. Along dan angah aku tak rapat coz diorang dah besar. Kebanyakkan masa bermain aku hanyalah bersama mereka. Pernah satu ketika, aku mengikut abang cik aku ke perigi buta. bermain di dalam sana sehingga lupa balik umah. he he he bila balik je umi dah bekalkan dengan hanger dan abg cik aku dipukul teruk dek kerana hal itu.. Cian die. Aku pula tak kurang jugak. Dipukul oleh umi juga namun aku lebih kesian apabila melihat abg cik aku dipukul oleh umi sekuat hati!! Dasyat2... Tapi biasalah budak2, degil nya tak dapat dibendung he he he dan esokkannya kami bermain lagi..he he he

Perkara yang aku tak boleh lupa adalah ketika aku, abg de, abg cik dan adik bermain di belakang umah. Boleh dikatakan di belakang rumah yang bersemak samun itulah tempat main baru kami. Hampir setiap hari kami bermain di belakang rumah dan tempatnya adalah di atas pokok jambu yang dan tak ada daun (dah mati lorhhh..) aku menggelarkan pokok tu adalah kuda dan disitu juga la kami membuat rumah dengan papan dan kami akan pulang apabila nama kami dipanggil oleh umi. Kuat betul jeritan umi memanggil kami. he he he...

Tak cukup dengan pokok jambu tu, kami bermain pula di paya belakang umah. Dan itulah kali pertama aku digigit PACAT!!! Tidaaaaaakkkkkkkk... hampir nak pitam aku waktu tu dan suaraku tak boleh cakap la..kautnya macam lah aku digigt lipan. ha ha ha Melihat darah yang banyak di seluarku cukup buat aku geeelllliiii dan nak pengsan. ish3!! Mane la aku taw yang tu pacat. Abang2 aku ape lagi, gelak sakan dowg tengok aku macam tu.. uhuhuhuhu =(
Tapi esokkan harinya aku pergi lagi main kat paya tu.. Kami buat projek baru!! ha ha ha
Tangkap ikan puyu dan budu.. Tak ada keje kan??ha ha ha Kami siap buat kolam lagi kat tepi tu..Baik punyaaaaaa tapi bila abah dapat tahu apalagi kitowang kena lah marah.. hehehe
Abah memang garang taw tapi abah setakat nie abah tak pernah pukul aku dan aku rasa abang-abang n adik aku pow dia x pernah pukul... sayaaaaang abah!

Dan kini...aku dah pow dewasa. Tapi sedang meniti alam remaja. Sepanjang hidup aku dalam usia remaja bermacam pahit getir aku lalui. Dipulau, dihina, dikhianati, dan sebagainya... mematangkan fikiranku. Pengalaman dari abang2 aku juga banyak mengajarkan aku erti kehidupan yang sebenar namun banyak lagi yang perlu aku lalui..

AKU INGIN KEMBALI KE ZAMAN KANAK2 AKU..ANDAI DAPAT KU UNDURKAN PUTARAN DUNIA......
0 Responses