sEgAlaNya kU tEriMa
Salam 1Malaysia semua...

First!...termanggu seketika..termenung memikirkan apa yang aku patut luahkan ketika ini.. dari mana harus aku mulakan segala cerita suka duka aku sepanjang 2010.. Banyak!!.. Terlalu banyak!! A hingga Z belum tentu dapat ku muatkan dalam coretan kali ini...............

Januari

Aku digemparkan dengan kisah abang sulungku!! Sungguh.... begitu akhirnya cerita cinta mereka. Bagaikan tersentak nafasku apabila memikirkan apa yang telah berlaku.. ditambahkan lagi kami adik-beradik diusir! dihalau! dihina! oleh mereka yang kami percaya... kenapa????!!!!... Sampai hati insan yang ku anggap KAKAK membuat kami seperti manusia yang x punya hati... Betul!.... seperit-perit apa yang dia rasa... tapi perit lagi bila segalanya tuduhan!.. hinaan!.. ancaman!.. diberikan bertalu-talu tanpa kami membalas... Apatah lagi bila melibatkan kedua-dua orang tuaku... Kami diasuh hormati ibu bapa.. Kami diasuh hargai ibu bapa.. Sampai hati......... terduduk aku bila memikirkan apa yang telah berlaku... Lantaran aku bangkit membela sebuah maruah!!!!.... dan saat kami dihalau dan diusir.... ku semat segalanya dalam ingatan......... sampai kini sampai aku MATI!!!.....

Dan kini, aku tahu keperitan dan penderitaan yang alongku alami mengajarnya erti segalanya.. Allah masih sayangkannya untuk dia mencari erti sebuah kasih suci..kasih sejati... dan kini aku sentiasa melihat senyumannya! Ya!! Alongku telah kembali.... tiada lagi tangisan, tiada lagi rungutan.. Aku tahu kau telah dapat kecapi erti kebahagiaan .. dan aku tunggu hari untuk kau peroleh kasih suci kasih abadi bersama cinta yang sejati... AMIN!!

Febuari

Bermula perjalanan diriku di alam pekerjaan.. Bukan aku minta pangkat yang tinggi, bukan aku minta gaji yang besar.. cukuplah aku peroleh apa yang telah aku belajar..!! 02 Febuari 2010, bermula kisah aku sebagai pekerja... menjalankan kerja-kerja di pejabat menyebabkan aku kurang bersosial di luar.. rutin harianku cuma pergi kerja dan balik kerja.. Bertaktih dalam alam pekerjaan betul-betul menguji kesabaran.. Cuma mungkin Allah anugerahkan aku sikap berdikari.. Aku pelajari satu-persatu setiap tugasan.. dan kini aku panjat kesyukuran ke hadrat Illahi kerana rezeki yang DIA berikan.. Usaha keras aku sepanjang 6 bulan tempoh percubaan membuahkan hasil.. dari seorang kerani pejabat aku telah dinaikan sebagai Eksekutif Pentadbiran.. Walaupun gaji aku tidak setanding dengan rakan-rakan seperjuanganku di MKM namun cukup berharga buat diri yang baru mengenali alam pekerjaan... (>_<)! Mac

Tiada perkongsiaan yang menarik untuk aku luahkan. Cuma pengalaman hidup abang sulungku manarik perhatian aku.. Kisah suka duka dalam hidupnya banyak memberi pengajaran bagi aku.. Tapi bukan dia seorang, kesemua abang-abangku mempunyai cerita suka duka mereka.. Ku kutip kesemuanya dan aku simpan untuk dijadikan pedoman hidup.. Saat itu aku ingat, ibuku bercerita tatkala lafaz cerai diungkapkan.. kelu lidah untuk berbicara... hurmm!!... seakan aku mahu menangis tika ini!....tidak perlu ku lanjutkan lagi apa yang telah terjadi cuma aku tahu ketika itu kau tertekan...... dan aku pasti setiap kejadian pasti ada anugerah.... senyumlah!...

April

Aku mula didedahkan dengan persiapan Mesyuarat Agung Koperasi.. Memang aku tahu apa itu Mesyuarat Agung tersebut namun aku tidak pernah mengendalikannya.. Aku tidak perlu belajar secara praktikal kepimpinan Mesyuarat Agung itu sendiri.. Namun aku ambil sebagai cabaran.. Aku belajar dari kesilapan... daripada awal sehinggalah akhir... satu-persatu aku pelajari... satu persatu aku dalami... Aku tahu segalanya adalah kepercayaan.. aku ambil untuk yakinkan yang AKU BOLEH!!...

Setakat nie jelah dulu... nantikan next en3 aku yeah,...

Wslm...