sEgAlaNya kU tEriMa
Salam semua!!

Dah hampir setahun tiada coretan yang aku luahkan dalam blog aku..
Kekangan masa membuatkan tiada luahan/coretan yang mampu ku tulis untuk tatapan semua..
Apatah lagi kini aku sudah bergelar ISTERI orang..
Tumpuan pada keluarga penting bagi aku..
Berbagai cerita suka dan duka dalam dunia perkahwinan menyebabkan aku cukup menghargai makna "Pernikahan dan Perkahwinan"..

Aku telah selamat diijabkabulkan pada jam 9.20 pagi, 10 Oktober 2010 Teratak Kite!!...

aku dan suami tersayang

Syukur Alhamdulillah...kini aku bahagia bersama pilihanku. Restu dari kedua-dua orang tuaku amat aku perlukan. dan aku berterima kasih buat insan bernama Muhammad Azzlan Bin Abu Hassan kerana menerima diriku seadanya untuk terus bertahta di hatinya.

Terima kasih sayang..dan tunggu en3 seterusnya... perjalanan aku bergelar isteri dan pekerja!!..

Wassalam...
sEgAlaNya kU tEriMa
Salam pembuka bicara..

Letihnya hari nie seharian bekerja..

Bila buka je blog nie.. Aduh!....hahahhaa

Apa cerita pasal hormat nie?

Hormat? Kadang-kadang tertanya aku pada diriku..

Wajar ke kita HORMAT orang yang TAK menghormati kita?

Wajarkah kita BERSOPAN dengan orang yang TAK ADA adab sopan dalam diri dia?

Apa yang harus kita buat bila orang yang kita sayang dikutuk! dihina!??

IBU???

Siapa mereka dihati kita?

Bukankah mereka insan yang patut kita HORMATI dan SANJUNGI?

Aku hairan dengan segenlintir manusia..

Pemikiran terlalu CETEK untuk mereka menghukum sesama manusia..

Bukankah kita sudah diberikan didikan agama..

TIADA SEORANG PUN HAMBA ALLAH DI MUKA BUMI INI BOLEH MENGHUKUM SESAMA MANUSIA..

Sebab tiada manusia yang SEMPURNA!

Tapi apa yang berlaku kepada dunia kini?

Lihatlah...

MANUSIA seolah-olah tidak takut pada yang ESA..
sEgAlaNya kU tEriMa
Letihnya hari ni..bangun tido rasa letih je badan..

Wargghh...malas betul nak pergi kerja..

Kenapa lah Johor rajin sangat tak amik cuti new year..

Kita pow nak CUTI jugak!!!

Humm tp tak de orang pow yang datang..

So mengadap la laptop nie lagi..

Pantasnya masa berlalu..

pejam celik dah sebulan afie kat Koperasi Tentera nie..

Dah macam-macam kerja afie buat..

Timba pengalaman lebih...

Dan sekarang jugak afie tengah mencereboh mana-mana bahagian dalam laman web..

Nak cari kerja kososng la..

Harap-harap Allah bukakan pintu rezeki untuk afie..amin!!

Dan petang nie nak balik ke Rompin..