sEgAlaNya kU tEriMa
Seperti yg sedia maklum..entry afie yg lepas afie ade publish gambar kawen afie kan?
Afie selamat bergelar isteri kpd
en.Azzlan pd 10.2010 dengan sekali lafaz.. Kisah perkenalan afie dgn dia xdela unik sgt.. Dia merupakan rakan sekuliah afie di maktab dulu yg pdh mulanya..Ya Allah!,, seorang yg paling afie x suke! Benci tahap gaban nie gara2 sikap dia yg pendiam, muka masam dan garang...! gggrrrrr.... Tp betul juga pepatah org tua.. jgn benci sgt nnti terpikat...

Perkenalan afie dgn dia x lama.. x sampai setahun pun n kami x penah declare bercouple ke ape ke.. cuma sy syg awak n awak syg sy..keh3!! kelakar pulak bile ingat.. dan dia merupakan org tgh antara afie dgn kekasih lama..woooo bkn dia rampas ye malah dia adalah penyelamat!! (kelas kau jah!!) okey....tutup cite lama yer...???

Waktu afie kawen, umur baru setahun jagung org kata. Baru nk kenal dunia luar. Baru nk cari kerjaya. Tp betul kata org, berkawen pada usia muda nie bnyk dugaan n cabaran.. lebih2 lagi dua2 darah panas org kata a.k.a daran muda.. ada je menda yg x kena namun syukur! semuanya kami hadapi dgn tabah... Awal perkawenan kami hidup serba kekurangan. Hanya membawa beg baju, tilam dan 2 3 barangan lain masuk rumah sewa.. sedih betul!!! Dan rumah sewa pertama kami di Batu 9, Cheras... Lepas 3 bulan duduk situ kami pun pindah ke Hulu Langat.. Kalau x silap dalam bulan 1/2011 rasanya...

Episod baru dalam hidup berumahtangga op kos la anak kan? Alhamdulillah... setelah 4 bulan berkawen akhirnya afie disahkan hamil sebulan!! Yang gembira terlonjak lonjak mestilah En.Azzlan.. Syukur alhamdulillah.. Heboh semua ahli kluarga pasal kehamilan afie hehe... Masa tu Allah je taw perasaan afie! Bangga pun ada sebab dapat bagi mr.hubby zuriat :-D Bahagianya waktu tu.. Lebih2 lagi ni anak sedara pertama n cucu sulung keluarga hubby a.k.a En.Azzlan:-)

Dugaan dalam kehidupan datang tatkala usia kandungan afie mencecah ke 9 bulan.. Dugaan yang mengeratkan lagi hubungan afie dan En.azlan.. Afie akan cerita pengalaman mengandung afie pada entry akan datang ye... don't forget!!!
Salam...bye...!!

sEgAlaNya kU tEriMa
Salam semua!!!!
Huh... hampir 2 tahun afie meninggalkan dunia coretan ni.. Dalam 2 tahun banyak kisah suka duka yg afie lalu.. Kisah kehidupan baru afie setelah bergelar isteri, kisah rumahtangga afie yg dihujani dengan pelbagai dugaan, kisah perkhidmatan afie di pejabat, kisah bergelar seorang ibu dan mcm2 lagi lah.. Semuanya suka duka kehidupan afie..

Sekembalinya afie di dunia blog ni, ingin sekali afie coretkan kisah2 tersebut satu persatu.. InsyaAllah... satu persatu untuk simpanan, ingatan, panduan, pedoman dan renungan buat anak2 afie nanti... hehehe anak2?? Cam ramai kan?? Nak taw ker?? Ikuti kisah afie melalui blog ni yer... hihi

Itu jela.. buby n salam!!!
sEgAlaNya kU tEriMa
Salam 1Malaysia semua...

First!...termanggu seketika..termenung memikirkan apa yang aku patut luahkan ketika ini.. dari mana harus aku mulakan segala cerita suka duka aku sepanjang 2010.. Banyak!!.. Terlalu banyak!! A hingga Z belum tentu dapat ku muatkan dalam coretan kali ini...............

Januari

Aku digemparkan dengan kisah abang sulungku!! Sungguh.... begitu akhirnya cerita cinta mereka. Bagaikan tersentak nafasku apabila memikirkan apa yang telah berlaku.. ditambahkan lagi kami adik-beradik diusir! dihalau! dihina! oleh mereka yang kami percaya... kenapa????!!!!... Sampai hati insan yang ku anggap KAKAK membuat kami seperti manusia yang x punya hati... Betul!.... seperit-perit apa yang dia rasa... tapi perit lagi bila segalanya tuduhan!.. hinaan!.. ancaman!.. diberikan bertalu-talu tanpa kami membalas... Apatah lagi bila melibatkan kedua-dua orang tuaku... Kami diasuh hormati ibu bapa.. Kami diasuh hargai ibu bapa.. Sampai hati......... terduduk aku bila memikirkan apa yang telah berlaku... Lantaran aku bangkit membela sebuah maruah!!!!.... dan saat kami dihalau dan diusir.... ku semat segalanya dalam ingatan......... sampai kini sampai aku MATI!!!.....

Dan kini, aku tahu keperitan dan penderitaan yang alongku alami mengajarnya erti segalanya.. Allah masih sayangkannya untuk dia mencari erti sebuah kasih suci..kasih sejati... dan kini aku sentiasa melihat senyumannya! Ya!! Alongku telah kembali.... tiada lagi tangisan, tiada lagi rungutan.. Aku tahu kau telah dapat kecapi erti kebahagiaan .. dan aku tunggu hari untuk kau peroleh kasih suci kasih abadi bersama cinta yang sejati... AMIN!!

Febuari

Bermula perjalanan diriku di alam pekerjaan.. Bukan aku minta pangkat yang tinggi, bukan aku minta gaji yang besar.. cukuplah aku peroleh apa yang telah aku belajar..!! 02 Febuari 2010, bermula kisah aku sebagai pekerja... menjalankan kerja-kerja di pejabat menyebabkan aku kurang bersosial di luar.. rutin harianku cuma pergi kerja dan balik kerja.. Bertaktih dalam alam pekerjaan betul-betul menguji kesabaran.. Cuma mungkin Allah anugerahkan aku sikap berdikari.. Aku pelajari satu-persatu setiap tugasan.. dan kini aku panjat kesyukuran ke hadrat Illahi kerana rezeki yang DIA berikan.. Usaha keras aku sepanjang 6 bulan tempoh percubaan membuahkan hasil.. dari seorang kerani pejabat aku telah dinaikan sebagai Eksekutif Pentadbiran.. Walaupun gaji aku tidak setanding dengan rakan-rakan seperjuanganku di MKM namun cukup berharga buat diri yang baru mengenali alam pekerjaan... (>_<)! Mac

Tiada perkongsiaan yang menarik untuk aku luahkan. Cuma pengalaman hidup abang sulungku manarik perhatian aku.. Kisah suka duka dalam hidupnya banyak memberi pengajaran bagi aku.. Tapi bukan dia seorang, kesemua abang-abangku mempunyai cerita suka duka mereka.. Ku kutip kesemuanya dan aku simpan untuk dijadikan pedoman hidup.. Saat itu aku ingat, ibuku bercerita tatkala lafaz cerai diungkapkan.. kelu lidah untuk berbicara... hurmm!!... seakan aku mahu menangis tika ini!....tidak perlu ku lanjutkan lagi apa yang telah terjadi cuma aku tahu ketika itu kau tertekan...... dan aku pasti setiap kejadian pasti ada anugerah.... senyumlah!...

April

Aku mula didedahkan dengan persiapan Mesyuarat Agung Koperasi.. Memang aku tahu apa itu Mesyuarat Agung tersebut namun aku tidak pernah mengendalikannya.. Aku tidak perlu belajar secara praktikal kepimpinan Mesyuarat Agung itu sendiri.. Namun aku ambil sebagai cabaran.. Aku belajar dari kesilapan... daripada awal sehinggalah akhir... satu-persatu aku pelajari... satu persatu aku dalami... Aku tahu segalanya adalah kepercayaan.. aku ambil untuk yakinkan yang AKU BOLEH!!...

Setakat nie jelah dulu... nantikan next en3 aku yeah,...

Wslm...
sEgAlaNya kU tEriMa
Salam semua!!

Dah hampir setahun tiada coretan yang aku luahkan dalam blog aku..
Kekangan masa membuatkan tiada luahan/coretan yang mampu ku tulis untuk tatapan semua..
Apatah lagi kini aku sudah bergelar ISTERI orang..
Tumpuan pada keluarga penting bagi aku..
Berbagai cerita suka dan duka dalam dunia perkahwinan menyebabkan aku cukup menghargai makna "Pernikahan dan Perkahwinan"..

Aku telah selamat diijabkabulkan pada jam 9.20 pagi, 10 Oktober 2010 Teratak Kite!!...

aku dan suami tersayang

Syukur Alhamdulillah...kini aku bahagia bersama pilihanku. Restu dari kedua-dua orang tuaku amat aku perlukan. dan aku berterima kasih buat insan bernama Muhammad Azzlan Bin Abu Hassan kerana menerima diriku seadanya untuk terus bertahta di hatinya.

Terima kasih sayang..dan tunggu en3 seterusnya... perjalanan aku bergelar isteri dan pekerja!!..

Wassalam...
sEgAlaNya kU tEriMa
Salam pembuka bicara..

Letihnya hari nie seharian bekerja..

Bila buka je blog nie.. Aduh!....hahahhaa

Apa cerita pasal hormat nie?

Hormat? Kadang-kadang tertanya aku pada diriku..

Wajar ke kita HORMAT orang yang TAK menghormati kita?

Wajarkah kita BERSOPAN dengan orang yang TAK ADA adab sopan dalam diri dia?

Apa yang harus kita buat bila orang yang kita sayang dikutuk! dihina!??

IBU???

Siapa mereka dihati kita?

Bukankah mereka insan yang patut kita HORMATI dan SANJUNGI?

Aku hairan dengan segenlintir manusia..

Pemikiran terlalu CETEK untuk mereka menghukum sesama manusia..

Bukankah kita sudah diberikan didikan agama..

TIADA SEORANG PUN HAMBA ALLAH DI MUKA BUMI INI BOLEH MENGHUKUM SESAMA MANUSIA..

Sebab tiada manusia yang SEMPURNA!

Tapi apa yang berlaku kepada dunia kini?

Lihatlah...

MANUSIA seolah-olah tidak takut pada yang ESA..
sEgAlaNya kU tEriMa
Letihnya hari ni..bangun tido rasa letih je badan..

Wargghh...malas betul nak pergi kerja..

Kenapa lah Johor rajin sangat tak amik cuti new year..

Kita pow nak CUTI jugak!!!

Humm tp tak de orang pow yang datang..

So mengadap la laptop nie lagi..

Pantasnya masa berlalu..

pejam celik dah sebulan afie kat Koperasi Tentera nie..

Dah macam-macam kerja afie buat..

Timba pengalaman lebih...

Dan sekarang jugak afie tengah mencereboh mana-mana bahagian dalam laman web..

Nak cari kerja kososng la..

Harap-harap Allah bukakan pintu rezeki untuk afie..amin!!

Dan petang nie nak balik ke Rompin..


sEgAlaNya kU tEriMa
Huiiihhh.... Lamanya tak merepek dalam blog nie...
Tengok-tengok dah 4 ratus ribu lebih orang yang dah view blog afie nie..
Tak ku sangka...hehehehee...
Tak kisah la tapi kesian jugak..
Dorang bukak tak ada apa-apa berita terkini pun..

masa masuk kem tentera

Afie sibuk sikit sekarang..
Sibuk dengan latihan praktikal yang Afie buat di KOPERASI TENTERA..
Hummm sibuk tak sibuk jugak la..
Afie banyak buat loan..
Pegawai lebih tumpukan afie pada pengiraan dan kelulusan loan anggota..
Selain tu jugak Afie nie macam orang yang kerja kat bank la senang nak cerita..
Pengeluaran simpanan, keluarkan penyata kewangan, BKP dan lain-lain lagi..
Hehehehe...seronok sangat..
Dapat pulak yang sama kepala...
Syok gile..

Pasni afie plan nak mohon kerja terus kat sini..
Tapi tengoklah pada kekosongan..
Ada rezeki ada lah..
Ok..jumpa lagi..
Salaaaaammm..