sEgAlaNya kU tEriMa
Assalamualaikum...
Lama betul x update blog. Afie balik kg Afie kat Pahang la.. Asyik duk kat negeri orang je rindu la jugak kat negeri sendiri.. Humm tapi kalo balik kg afie mmg susah la nak update sokmo blog afie nie.. Apa cite afie sekarang eh?? (macam la ada org nak amik taw..ha ha ha) Tak ada apa yang terbaru lah.. Balik umah kat Pahang tu Afie x wat pape pow. Rutin harian cam hari2 lain jugak. Cuma kat Pahang tu afie bawak kete tiap2 petang.. Bawak pow kat depan umah (halaman umah). Dok la afie petang2 pusing kat situ.. Kejap ok kejap mati enjin.. Ikutkan abah afie die suh je bawak kat jalan raya tapi afie x de keberanian lagi lorhh.. ha ha ha. Nanti la.. Skrg nie pow excited nak amik lesen tp x taw bile..humm tunggu je la. hikhikhik..

Bout tempat praktikal, alhamdulillah syukur.. Afie dah ada tapi x dapat cop lagi untuk pengesahan. Afie dpt kat KOPERASI TENTERA kat Mersing. Hari tu pergi jumpa die wat sessi temuduga lak ngan afie.. waaaaa ketaq lutut mase tu tp orang tu nasib baik sporting. huhuhu... Dia dah terangkan mcm2 dah kt afie. Kerja apa, nnty nak duk kat mane.. huhu garang orangnye. Askar la katakan.. ha ha ha cuma tu la. Ingatkan boleh dapat dah cop tu tapi die ckp die nak hantar kat tempat HQ di KL dulu. huhuhu... xpe la. Ada rezeki ada la tu..

Apa lagi yek nak cerita..ha!!! Kenduri Masyi (kawan afie). Walaupow same umur ngan afie tp dah nak kawin. Jodoh die awal he he he... Tiket pow dah beli.. Afie pergi dengan Adah, Hisyam dan Azlan. Oleh sebab Hisyam kerja so terpasa la amik lewat cikit tiketnyaa.. huhu. Xpe la asalkan sampai.. excited la pulokkk..

Humm tu je la kisah afie untuk seminggu nie. Sekarang afie ada kat umah along afie di Bandar Seri Putra, Kajang... x taw la sampai bile. Ok lah...

Waalaikumussalam...
sEgAlaNya kU tEriMa
wah..dah tua rupenya angah afie nie..ha ha ha
tapi tua-tua pun muka menteh macho kuakuakua..
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN ANGAH!!
moga angah dapat teruskan hidup dengan rasa yang bahagia disamping isteri n baby tercinta..
moga panjang umur dan murah rezeki..

nak hadiah kew???
hahahha gi kedai beli sendiri..
huhuhu...

Happy Birthday Myspace Comments
sEgAlaNya kU tEriMa

Salahkah aku jika mandambakan seseorang untuk berada disampingku..
Salahkah aku mencari seseorang yang dapat membimbingku..

Salahkah aku mendambakan seseorang yang mampu mengajarku erti kehidupan..

Salahkah aku mendapatkan seorang insan yang lebih baik untuk sentiasa mengajakku mengingati-Nya..

Salahkah aku membuat pilihan yang lebih baik...
Salahkah aku mendapatkan semua itu??

Salahkah..??

Aku bukan secantik BALQIS

Aku juga tidak sehebat SULAIMAN
Aku tidak pernah mengharap teman setampan YUSUF

Aku tak memiliki kasih sekuat HAJAR
Aku juga tak mendamba teman sesempurna RASULULLAH

Aku cuma insan biasa insan yang serba kekurangan!

Aku cuma inginkan seseorang yang mampu mengajarku erti kehidupan..

Aku cuma inginkan seseorang yang dapat membinmbingku kejalan-Mu..

Aku cuma inginkan seseorang yang menjaga keperibadian aku..
Yang tidak pernah mengambil kesempatan terhadapku..

Malah dialah yang menjaga setiap langkah perjalanan dalam kehidupanku..


Aku bukan ingin saja bermadah..

Namun inilah luahan hati..

Aku letih kerna orang sering menyalahkan diri aku terus-menerus..

Aku bukanlah seorang yang kejam..

Apatah lagi zalim terhadap perasaan orang terhadap aku..

Cuma pehubungan yang dijalinkan bukan hanya untuk setahun dua..
Aku tidak ingin perhubungan yang singkat..
Aku harus memikirkan masa depan..

Aku inginkan seorang suami..

Suami yang mampu menjagaku dengan penuh tanggungjawab..

Suami yang mampu membimbingku..

Dan sebab itu aku memilihnya..
Ya!!Aku tahu aku masih belajar..

Walaupun umurku tidak wajar memikirkan semua itu..
Namun aku harus merancang demi masa depanku..

Aku inginkan lelaki yang menghormati orang tuanya..

Aku inginkan lelaki yang bertanggungjawab..

Aku inginkan lelaki yang menjaga matanya..

Aku inginkan lelaki yang tidak lupa kewajipannya terhadap ALLAH..

Dan yang penting..

Aku inginkan lelaki yang disenangi oleh KELUARGAKU..

Restu dari keluargaku amat penting..

Kerna itu aku tidak segan memberitahu keluargaku..

Salahkah aku membuat segalanya??

Salahkah aku??

Mengapa kadangkala manusia tidak mampu memahami segala tindakan yang kita buat??

Malah lebih menyakitkan jika diri terus disalahkan!!
Namun aku mengerti..
Segalanya ada kemanisan..
Mungkin bukan sekarang..
Dan aku masih bersyukur..
Punyai keluarga yang menyayangi aku..

Keluarga yang memahami aku..


Kini aku bahagia..

Bersama seorang insan yang menerima aku seadanya..

Bersama keluargaku yang tercinta..

Banyak lagi yang perlu aku lalui dalam kehidupanku..

Malah pelbagai duri perlu ku tempuh..
Aku sedia menghadapinya..

Andai setiap insan yang menyayangi aku sentiasa bersama denganku..

Aku masih lagi mengejar impian..

Semoga impianku dapat dicapai..

Semoga ada sinar yang mampu menerangi setiap liku-likuperjalanan hidupku..
Salam..


nukilan rasa
afie alie

sEgAlaNya kU tEriMa
kadangkala apa yang kita inginkan tak semua kita mampu peroleh..
kadangkala apa yang kita tak inginkan sesuatu dalam kehidupan kita itulah yang terjadi..
kadangkala hidup ini bagaikan tiada keadilan..
namun kita harus sabar menempuh setiap liku-liku perjalanan hidup..
"Jangan disangkakan langit sentiasa cerah, kerna mungkin hujan di tengah hari"
hidup ini umpama roda..
kadangkala kita diatas dan kadangkala kita dibawah..
Tuhan tahu apa yang terbaik buat diri kita..
dan kita sebagai manusia harus menempuhinya..
walaupun kadangkala menyakitkan namun pasti ada kemanisan disebalik kepahitan itu..
dan kita sebagai manusia tak perlu membalas..
jangan menghukum sesama manusia..
namun hakikat kehidupan manusia..
sering menghukum sesama manusia..
mengapa dalam diri manusia ada tanamnya semua itu??
sedarilah semua bahawa MANUSIA TAK SEMUANYA PERFECT!!!
sesungguhnya tiada seorang pun manusia yang PERFECT..
SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA ADIL!!

'wah!!pandainya afie bermadah..ha ha ha. Tak taw la kenape pgi nie berfikiran jiwang lak.. ha ha hummm.. duk sorang-sorang kat umah angah pagi terfikir lak sal kehidupan.. he he.. ok lah. bawah nie ada lirik lagu SURATAN ATAU KEBETULAN. lirik die ade makna tentang kehidupan..layan je la..hehe

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan
sEgAlaNya kU tEriMa
Sebaik sahaja cikgu melangkah ke dalam kelas.......

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : bodoh kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

mintak ampun cikgu.. selamat hari guru hehehe
sEgAlaNya kU tEriMa
Ada apa dengan cerita nie?? ha ha ha cerita nie afie baru je lepas tengok. besttt sangat! alam cerita nie kita boleh taw macam mane kehidupan di negara India. Bagaimana kesusahan mereka.. (ha ha ha skima gilew ayat..) wehh..betul nie afie cakap. tak tipu pow. Walaupon cerita nie cerita hindustan tapi best r. Mula-mula mesti korang x paham tp akan paham jugak nnty. Cerita nie ada gak adegan pengotor n nak termuntah gak afie tp x banyak la.. ha ha ha tengok la sendiri ok... Selamat menonton!!
sEgAlaNya kU tEriMa

Menyingkap kembali cerita sewaktu kecil memang menyeronokkan. tiada rasa sedih, tiada apa yang perlu difikirkan. Apa yang ada dalam fikiran hanyalah "MAIN"..

Teringat aku sewaktu kecil. Ditimang, dimanja, dibelai dengan kasih seorang ibu. Ibu yang penyayang. Ibu yang begitu menyayangi diri ku.. 16 hb Ogos 1989, itulah tarikh aku dilahirkan. Tidak pernah aku melupakan tarikh itu kerana ketika itulah aku hidup di bumi Allah ini. Tangisan yang kedengaran sewaktu aku keluar dari perut ibuku melegakan semua orang yang menyayangiku.. Perempuan! hehehe

Aku diberi nama NURUL AFIFAH bermaksud 'cahaya yang menjaga kehormatannya'. aku tersenyum girang ketika namaku diberi..(kononya laaa..). Umi dan abah memanggilku dengan gelaran 'Epah'.. Itulah nama manjaku.. Aku punya 4 orang abang dan seorang adik malah adikku lelaki! ha ha ha nampaknya aku adalah satu-satunya perempuan dalam keluarga. Bertuahnya hidupku..

Aku cukup bertuah kerana dibesarkan di kawasan kampung. Tiada siapa yang menghalang untuk ke sana dan ke sini. Cukup bebas berbanding kehidupan di bandar kerana seringkali dilarang bimbang diculik! Aku membesar bersama umi dan abahku. Walaupun sibuk bekerja namun mereka punya masa menjagaku pada waktu malam. Umi aku bekerja sebagai jururawat dan abahku bekerja sebagai Pembantu Teknologi Makmal Perubatan di Hospital Kuala Rompin. Pada siang hari aku, abang2 ku dan adik bongsuku dijaga oleh pembantu rumah namun bagi kami Kak Siti bukanlah pembantu. Dia bagaikan KAKAK kami...

Dibesarkan bersama-sama abang2 serta adikku membuatkan aku menigut segala permainan yang mereka mainkan. Apa yang aku tak pernah main?? Bola Sepak? Baling Selipar? Memancing? Main basikal? Badminton? Mandi paya? Panjat pokok? malah sehingga kini sepak takraw masih menjadi permainanku.. Aku tidak pernah merasai bagaimana rasanya bermain pondok2, kawin2 ataw sebagainya. Aku tidak merasai semua tu. Apa yang aku tahu semuanya permainan lelaki.. Malah sewaktu kecilku aku tidak ada kawan perempuan! ha ha ha kawan2 adikku itulah kawan aku dan begitu juga abangku...

Waktu aku kecil, aku hanya rapat dengan adik serta 2 orang abangku iaitu abg de dan abg cik. Along dan angah aku tak rapat coz diorang dah besar. Kebanyakkan masa bermain aku hanyalah bersama mereka. Pernah satu ketika, aku mengikut abang cik aku ke perigi buta. bermain di dalam sana sehingga lupa balik umah. he he he bila balik je umi dah bekalkan dengan hanger dan abg cik aku dipukul teruk dek kerana hal itu.. Cian die. Aku pula tak kurang jugak. Dipukul oleh umi juga namun aku lebih kesian apabila melihat abg cik aku dipukul oleh umi sekuat hati!! Dasyat2... Tapi biasalah budak2, degil nya tak dapat dibendung he he he dan esokkannya kami bermain lagi..he he he

Perkara yang aku tak boleh lupa adalah ketika aku, abg de, abg cik dan adik bermain di belakang umah. Boleh dikatakan di belakang rumah yang bersemak samun itulah tempat main baru kami. Hampir setiap hari kami bermain di belakang rumah dan tempatnya adalah di atas pokok jambu yang dan tak ada daun (dah mati lorhhh..) aku menggelarkan pokok tu adalah kuda dan disitu juga la kami membuat rumah dengan papan dan kami akan pulang apabila nama kami dipanggil oleh umi. Kuat betul jeritan umi memanggil kami. he he he...

Tak cukup dengan pokok jambu tu, kami bermain pula di paya belakang umah. Dan itulah kali pertama aku digigit PACAT!!! Tidaaaaaakkkkkkkk... hampir nak pitam aku waktu tu dan suaraku tak boleh cakap la..kautnya macam lah aku digigt lipan. ha ha ha Melihat darah yang banyak di seluarku cukup buat aku geeelllliiii dan nak pengsan. ish3!! Mane la aku taw yang tu pacat. Abang2 aku ape lagi, gelak sakan dowg tengok aku macam tu.. uhuhuhuhu =(
Tapi esokkan harinya aku pergi lagi main kat paya tu.. Kami buat projek baru!! ha ha ha
Tangkap ikan puyu dan budu.. Tak ada keje kan??ha ha ha Kami siap buat kolam lagi kat tepi tu..Baik punyaaaaaa tapi bila abah dapat tahu apalagi kitowang kena lah marah.. hehehe
Abah memang garang taw tapi abah setakat nie abah tak pernah pukul aku dan aku rasa abang-abang n adik aku pow dia x pernah pukul... sayaaaaang abah!

Dan kini...aku dah pow dewasa. Tapi sedang meniti alam remaja. Sepanjang hidup aku dalam usia remaja bermacam pahit getir aku lalui. Dipulau, dihina, dikhianati, dan sebagainya... mematangkan fikiranku. Pengalaman dari abang2 aku juga banyak mengajarkan aku erti kehidupan yang sebenar namun banyak lagi yang perlu aku lalui..

AKU INGIN KEMBALI KE ZAMAN KANAK2 AKU..ANDAI DAPAT KU UNDURKAN PUTARAN DUNIA......
sEgAlaNya kU tEriMa

IN FRONT OF THE PERSON YOU LOVE

YOUR HEARTBEATS FASTER

BUT IN FRONT OF THE PERSON YOU LIKE

YOU GET HAPPY

IN FRONT OF THE PERSON YOU LOVE

WINTER SEEMS LIKE SPRING

BUT IN FRONT OF THE PERSON YOU LIKE

WINTER SEEMS LIKE BEAUTIFUL WINTER

IF YOU LOOK INTO THE EYES OF ONE

YOU LOVE

YOU BLUSH

BUT IF YOU LOOK INTO THE EYES OF ONE

YOU LIKE

YOU SMILE

IN FRONT OF THE PERSON YOU LOVE

YOU CANNOT SAY EVERYTHING IN YOUR MIND

EVERY 2 MINUTES

YOU CANNOT LOOK STRAIGHT INTO THE EYES

OF THE ONE YOU LOVE

BUT YOU CAN ALWAYS SMILE INTO THE EYES

OF THE ONE YOU LIKE

WHEN THE PERSON YOU LOVE IS CRYING

YOU CRYING WITH HIM

BUT THE PERSON YOU LIKE IS CRYING

YOU END UP COMFORTING

THE FEELING OF LIKE START FROM THE EAR

SO IF YOU STOP LIKING

A PERSON YOU USED TO LIKE ALL

YOU NEED TO DO IS COVER YOUR EARS

BUT IF YOU CLOSE YOUR EYES

LOVE TURN INTO A DROP A TEAR AND REMAINS

IN YOUR HEART FOREVER AFTER