sEgAlaNya kU tEriMa

Madah Untuk Adik

Aku tak pernah cerita kan pasal adik2 aku???
Ok.. aku akan cerita buat kali ini...

Aku anak sulung...
Tanggungjawab aku nak kata besar tak la sangat...
Tapi agak KING KONTROL (Aku kan Abang!) Ha ha ha
Dan aku sentiasa pastikan diri aku dihormati dan (digeruni).. Ada ke?
Cuma aku bersyukur mempunyai adik2 yang menghormati dan mendengar pendapatku...
Walaupun kadangkala ia seakan2 arahan
Tapi aku tak la bermaksud memerintah...
Sometimes sebagai abang, aku kena tegas
Dan kadangkala ketegasan itu nampak seperti aku gila kuasa!
Ada ke?
Mana ada... Cuma aku kan ABANG!

2) ANGAH...

Aku amat simpati dengan life dia sejak 8 tahun lalu...
Kini dia dah mencecah umur 29 tahun 25 Mei lalu
Dan tak sampai sebulan lagi, dia akan berumahtangga...
Aku amat berharap dia akan bahagia, mudah dalam kehidupan..
Amin...

ANGAH adalah insan yang mudah bekerjasama
Senang minta tolong dan tanpa banyak soal-jawab
Aku sayang padanya

Aku ingat, banyak sangat masalah dan kesusahan yang dia hadapi semenjak habis polisas kuantan...
Bermula dgn kes dia menjamin pinjaman bank bagi kereta kawan nya...
sehingga kini aku rasa hampir 12 ribu ringgit dia terpaksa bayarkan...
Dah lebih 8 tahun dia merana kerana jamin seorang 'KAWAN' yang SIAL!
Aku kalau dapat kawan dia tu, memang lembik aku kerjakan
Dan kebetulan aku kenal giler dengan kawan SIAL dia tu!
Memang sial!
Dan aku doakan dia takkan aman selagi hutang dia dgn adikku

DIA TAK BAYAR! AMIN!

Tak abis dgn itu, kes dia difitnah kes dadah amat memilukan aku...
Kenangan pahitnya DI BENTONG memang aku kesalkan...
Adikku hanya mencari rezeki dan makan di sana...
Selepas abis kerja penat,
Suddenly, polis RUSH dalam rumah!

Terpinga-pinga dia bangun tidur... digari dan dilokap semalaman
Dengan tuduhan ada ganja di bawah tilamnya!

ALLAH HU AKBAR!
Kesian dia...
Dan banyak masa kami sekeluarga habis di sisinya...
UMI ABAH saban minggu dr kg datang ke bentong settlekan kes ini...
Dan Allah maha kuasa... PEMILIK asal ganja dapat disalahkan dan...
ANGAH dilepaskan TANPA SYARAT!
Tu sekor lagi insan yang aku doakan hidupnya TAK AMAN SAMPAI BILA2!

Lagi?
Ada lagi...
ANGAH PUTUS TUNANG...
Aku pada awalnya pun sangka budak tu baik...
Tapi malas aku nak citer panjang... lah!
Dan kini ANGAH dapat bakal isteri yang 3 kali ganda lebih baik dari yang DULU!
Dan ABANG nak ucapkan:
SELAMAT PENGANTIN BARU!

Moga angah bahagia, dan dapatkan UMI cucu cepat2 kat diorang...
Kira ANGAH dah lewat bagi dah ni!
Ha ha ha

3) AM,

Adik kedua aku ni ceritanya menarik gak...
Abis SPM, Masuk KUIS... (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor)
Femes dia kat sana..
Orang hensem... then aktif persatuan...
Sampai siswi2 pun ramai berkenan...
Amin... x pe la... asalkan pembelajaran cemerlang dan tamat.

Habis diploma, dia sambung ke Mesir...
Dia nak ke sana mendapat reaksi bantahan dr aku...
Aku x confident dgn kesihatannya dan aku ingat aku cakap apa pd masa tu...
"DAH HABIS KE UNIVERSITI KAT MALAYSIA NI?
SAMPAI NAK SAMBUNG BELAJAR KE LUAR NEGARA???"
Tapi UMI & ABAH, dalam susah dioa pun, support dan dorong aku bg galakan...
aku sebagai anak yang taat, bagi la...

Aku masih ingat aku boleh nangis masa di airport masa dia akan melangkah pergi ke balai berlepas...
Dia antara adik2 yang rapat dengan aku...
2 tahun masa dia diploma, sentiasa dalam pemerhatian aku...

Tak sampai setahun, masalah yang aku dah agak akan berlaku, berlaku jua...
Dia selalu bgtau, dia selalu x sihat...
Selalu pening kepala...
Demam... Muntah... Demam...
Dan aku tahu ia kenapa?

Dan akhirnya aku nasihatkan dia kembali ke MALAYSIA
Tamatkan pembelajaran di sana...
SETAHUN CUKUP!

Asalkan dia dah sampai ke bumi anbiya'..
Dia patuh dan UMI ABAH pun setuju...

Dia balik ke MALAYSIA...
Cukup menggembirakan keluarga...
Dan RAHSIA BUMI ANBIYA' TERBUKA LUAS...
Dia mendapat kerja setelah beberapa 'HARI' sahaja di Malaysia
Dan selepas hampir 2-3 bulan bekerja
Dia dapat temuduga Kerja Kerajaan...
Dia lulus dalam ujian JPA UNTUK KHIDMAT KERAJAAN...
Walaupun kali pertama ambil temuduga...

Dan kini di sebagai PEGUAM DI BIRO BANTUAN GUAMAN di Johor...
Memang rezeki dia...
Dan aku akan dapat seorang lagi adik ipar melalui dia...
Bulan Disember ni, akan berakhir lah zaman bujangnya...
Bakal surinya kini masih di Mesir... (Patutlah beriya2 nak g sana yerk???)
Dan akan berakhir pengajian dalam bulan Oktober tahun ini...
(Harap2 tak sangkut lagi kertas yerk???) He he he

Abang doakan AM terus bahagia dan mendapat apa yang diimpikan...
Amin..

4) IZU,

Adik aku ni pintar...
Terer dr yang lain...
UPSR, PMR, SPM.. semua cemerlang...
Dan dia satu2nya yang belajar jauh di perantauan semenjak kecil lagi...
Tingkatan 1 (Peralihan) -3 di Kota Bharu Kelantan
Tingkatan 4-5 di Kuantan
Dan kini di IIUM Gombak...

Aku akui tak rapat sangat dengan dia...
Dan dia ni lebih kurang aku la juga sikapnya...
Agak serius, kurang bercakap, agak kontrol person dan DEGIL!
Tapi aku dan dia sama karektor...
SAHUT CABARAN! DAN AKAN BUKTIKAN!
Nampaknya kami berdua ada persamaan dan kelainan...
Samanya adalah pada sikap,
Lainnya dia adik, aku ABANG! Ha ha ha


Keputusannya nak kahwin di usia muda memang mengecewakan aku...
Dan lebih mengecewakan, bila dia berhujah itu dan ini
dengan UMI ABAH
dan aku!

Tapi ye la... Tu cerita dulu...
Tak payah ingat2 lagi...!
Sekarang dah kahwin pun dan aku terkesima melihat kebahagian mereka...

Aku dulunya marah dan kecewa tp kini aku mulai kagum dengan jalan yang mereka pilih..
Aku syukur isterinya kini walaupun anak org ada2...
Tapi sanggup susah payah dgn suaminya...

Cuba satu je warning kelas pertama dan last warning dr aku!
Ingat Izu, jangan tambah susah tau???
Dah ada dua nak jaga... jangan sampai 3 plak...
Habiskan belajar dulu dan tumpukan pada kerjaya...
Baru buat anak!

So, apa2 kekasaran abang dulu, maafkan abang...
Dan abang akan support Izu!

Dan aku nak maklumkan... mereka berdua ni buat PART TIME DESIGN...
Apa2 pun....
Kad kahwin, tag name, projek tag dan macam2 lagi...

LOGO dan KALIGHRAFI pun dia buat...

So abang harap Izu dan Qila terus berusaha dan sabar dalam kehidupan di bumi UIA
Ada apa2 masalah, bgtau...
Malu, susah sendiri!
He he he

5) EPAH,

Kalau aku panggil kan?
OOOOOO PAH! Ha ha ha
Macam nenek2 la plak kan?

Tapi dia ni la puteri, jantung hati, pemanis dalam adik2 aku..
Sengsorangnya perempuan...
Kini di Maktab Kerjasama Malaysia
ambil DIPLOMA PENGURUSAN KOPERASI

Satu bidang kerjaya yang akan femes satu ketika nanti di Malaysia
Itu aku pasti!

Tak banyak aku nak ceritakan pasal gadis sunti usia 20 tahun ni...
Ye ke 20? Epah nanti betulkan erk???
21 kot? Lahir 89 kan?
He he he

Dan paling aku bimbang pasal perbelanjaan makcik yang sorang ni...
Cukup berbelanja orangnya..
Kalau abang dia yang sorang ni datang ke tempatnya...
Ke POW la jawabnya...
Epah... kontrol2 la belanja dan makan tau!!!
Nanti jd Adibah Noor! Ha ha ha

Tapi dia ni paling ambil berat orangnya...
Seme birthday abang2 dan adik, umi abah dia tau
Dia antara terawal bg ucapan...
Dan akan menuntut hadiah kalau besday dia..
Tak malu!
Ha ha ha

Abang harap, Epah belajar sungguh2
Dan ingat susah payah umi abah besarkan Epah...
Dan abang bangga bila Epah sebut akan dapat biasiswa
sebab Epah cemerlang
dalam sem pertama...
Harap ia terus kekal hingga tamat pengajian...

LOVE??? Jangan plak ko ikut abang chik ko erk???
Abang lepuk ko kalau ko tak abih belajar dah menggatal..
Abang ko tu lain... Dia ada tekad dan jatidiri...
Ko? Abang x nampak pun...
He he he
Good Luck! My lovely nice girl!

Dan akhir... 6) IJAT!

Mamat sorang ni tak yah komplen banyak2!
Adik paling bongsu ni paling pendiam..
Kita cakap 10 patah, 1 patah di jawab!
Cakap 20 patah, 2 patah dia jawab!
Nanti aku patah2 kan.. Mulut tu baru tau!

Dah nama bongsu... biasalah...
Manja sikit...
Kini dalam Form 4...
Dan tahun depan amik SPM...

PMR? Kureng sikit...
Dan aku cabar dia... dapat sekurangnya 5A...
Handphone ada 3G, Kamera aku bg sebijik!
Alamak! Matilah aku kalau dia dapat...
Aku memang nak dia dapat pun...
Duit boleh cari...
Ingat IJAT!
Abang doakan...
AMIN!

Paling minat LIVERPOOL...
Huih! Tak sama sebab aku minat BLUES!
Tapi bila dia tau aku minat Chelsea, cepat2 tukar tune!
Ala... Bodek la tu!

Heh!
Penat gak aku menaip cerita adik2 aku ni...
Gambar???
Lain tahun aku masukkan...
Sekadar mencari kelainan cerita kali ni...
Kalau aku dapat gambar raya nanti, aku paste kat blog ni...
Ok la... adik2 aku..
Kalau korang baca, jangan komplen...
Baca je!

-damaihijau-

0 Responses