29
Jun
sEgAlaNya kU tEriMa
Ape sebenarnya yang kita kejar dlm kehidupan kita??Kadangkala apa yang kita nak tak semestinya itu yang kita dapat..Kadangkala apa yang kita inginkan tak semuanya aakan menjadi milik kita...Dan kadangkala apa yang kita peroleh bukan semuanya akan selamanya bersama dengan kita...

Seminggu afie di Gombak banyak mengajar afie pelbagai lagi cubaan dalam hidup ini...Melihat sepasang suami isteri muda yang sanggup bersusah payah menjalani kehidupan membuatkan afie terfikir hidup ini bukan seindah yang kita sangkakan...Kesanggupan berkongsi segalanya bersama membuat afie kagum dengan kehidupan yang mereka jalani hari demi hari...Sungguhpow serba kekurangan namun afie dapat melihat ada sinar bahagia dalam kehidupan mereka...Itulah rencah dalam dunia perkahwinan yang sememangnya afie tak pernah merasainya...Itulah sebenarnya kehidupan...

Kemewahan, kesenangan, kemegahan bukanlah satu platform untuk memperoleh kebahagiaan dalam hidup ...Malah cinta itu sendiri bukanlah kebahagiaan yang kita cari seandainya ianya tak disemai dengan sikap tanggungjawab, hormat, memahami, jujur dan kasih sayang yang tulus dari hati...Ianya mampu membuat badai yang beronak duri dalam kehidupan kita...

Cinta...sinonim dengan kehidupan afie..Namun cinta juga membuatkan afie pening untuk memikirkan ia...Membaca kisah2 abang afie di internet, melihat perkembangan cinta mereka, melihat perjalanan hidup mereka kadangkala menakutkan afie untuk mengharungi kehidupan dengan adanya perasaan cinta...Kisah dari abang-abang afie membuatkan afie terfikir.. adakah perlu menjalani hubungan percintaan sebelum ikatan perkahwinan...

Teringat afie dengan ayat yang afie baca antara tulisan yang dikarang oleh kak cik afie...
" kalu masa bercinta kita dah manja2, dah bermesra, nanti bile dah kawin apa lagi yang kita nak buat?"..... " lelaki ni pemandu kita, kita ni cuma penumpang yang hanya mengikut kemana saja pemandu tu bawa.. sebab tu pemandu kena pandai main peranan..." ...Betul apa yang dikatakannya...Apa lagi yang tersimpan selepas perkahwinan...Apa yang sepatutnya dilakukan semasa kita dalam dunia percintaan..Terfikir afie bila afie membaca apa yang ditulisnya...Benar... Lelaki perlu membimbing kita..Lelaki sahaja yang mampu mengawal perempuan..Kerana perempuan tidak sekuat lelaki..Malah jika tersalah langkah, perempuan akan menjadi mangsa seorang lelaki...

Afie menyuarakan segala yang terpendam kepada 'die'...Dilema dalam dunia percintaan sememangnya mencabar...Dikelilingi oleh persekitaran yang sosial dan dikawasan bandar menambahkan lagi cabaran dalam alam percintaan...Namun afie bersyukur dipertemukan dengannya...Die mengerti segalanya malah kesedaran dalam diri membuatkan kami membuat satu keputusan....Keputusan yang mungkin pada awalnya agak susah untuk kami laluan...Disebabkan sikap keterbiasaan kami bersama dari mula perkenalan...Namun insya Allah... kami cuba...

Terima kasih kepada abang2 afie yang pernah memberi nasihat...
Terima kasih pada Azzlan kerana memahami keadaan sebenar kita sebagai manusia biasa..
Insya Allah.. Moga perubahan kearah kebaikan akan terus kekal..

wslm..
2 Responses
  1. izuqila Says:

    hoh..ngumpat orang kat sini yek..kene minta maaf nanti ni..cara utk mintak maaf mudah saje..cukup la dgn belanje kfc + tgk movie utk kali yg ke-2..hehehe


  2. dear abg cik n kak cik ku..
    amboi..nie dh melampaui batas..
    hehheeee...
    ala epah skrg pow dah kering kontang..
    makan cukup2 je nie ha..
    lain kali ye..
    tunggu epah jadi CEO nnti ke..
    hahahhha