sEgAlaNya kU tEriMa
Salam semua!!

Dah hampir setahun tiada coretan yang aku luahkan dalam blog aku..
Kekangan masa membuatkan tiada luahan/coretan yang mampu ku tulis untuk tatapan semua..
Apatah lagi kini aku sudah bergelar ISTERI orang..
Tumpuan pada keluarga penting bagi aku..
Berbagai cerita suka dan duka dalam dunia perkahwinan menyebabkan aku cukup menghargai makna "Pernikahan dan Perkahwinan"..

Aku telah selamat diijabkabulkan pada jam 9.20 pagi, 10 Oktober 2010 Teratak Kite!!...

aku dan suami tersayang

Syukur Alhamdulillah...kini aku bahagia bersama pilihanku. Restu dari kedua-dua orang tuaku amat aku perlukan. dan aku berterima kasih buat insan bernama Muhammad Azzlan Bin Abu Hassan kerana menerima diriku seadanya untuk terus bertahta di hatinya.

Terima kasih sayang..dan tunggu en3 seterusnya... perjalanan aku bergelar isteri dan pekerja!!..

Wassalam...
sEgAlaNya kU tEriMa
Salam pembuka bicara..

Letihnya hari nie seharian bekerja..

Bila buka je blog nie.. Aduh!....hahahhaa

Apa cerita pasal hormat nie?

Hormat? Kadang-kadang tertanya aku pada diriku..

Wajar ke kita HORMAT orang yang TAK menghormati kita?

Wajarkah kita BERSOPAN dengan orang yang TAK ADA adab sopan dalam diri dia?

Apa yang harus kita buat bila orang yang kita sayang dikutuk! dihina!??

IBU???

Siapa mereka dihati kita?

Bukankah mereka insan yang patut kita HORMATI dan SANJUNGI?

Aku hairan dengan segenlintir manusia..

Pemikiran terlalu CETEK untuk mereka menghukum sesama manusia..

Bukankah kita sudah diberikan didikan agama..

TIADA SEORANG PUN HAMBA ALLAH DI MUKA BUMI INI BOLEH MENGHUKUM SESAMA MANUSIA..

Sebab tiada manusia yang SEMPURNA!

Tapi apa yang berlaku kepada dunia kini?

Lihatlah...

MANUSIA seolah-olah tidak takut pada yang ESA..
sEgAlaNya kU tEriMa
Letihnya hari ni..bangun tido rasa letih je badan..

Wargghh...malas betul nak pergi kerja..

Kenapa lah Johor rajin sangat tak amik cuti new year..

Kita pow nak CUTI jugak!!!

Humm tp tak de orang pow yang datang..

So mengadap la laptop nie lagi..

Pantasnya masa berlalu..

pejam celik dah sebulan afie kat Koperasi Tentera nie..

Dah macam-macam kerja afie buat..

Timba pengalaman lebih...

Dan sekarang jugak afie tengah mencereboh mana-mana bahagian dalam laman web..

Nak cari kerja kososng la..

Harap-harap Allah bukakan pintu rezeki untuk afie..amin!!

Dan petang nie nak balik ke Rompin..


sEgAlaNya kU tEriMa
Huiiihhh.... Lamanya tak merepek dalam blog nie...
Tengok-tengok dah 4 ratus ribu lebih orang yang dah view blog afie nie..
Tak ku sangka...hehehehee...
Tak kisah la tapi kesian jugak..
Dorang bukak tak ada apa-apa berita terkini pun..

masa masuk kem tentera

Afie sibuk sikit sekarang..
Sibuk dengan latihan praktikal yang Afie buat di KOPERASI TENTERA..
Hummm sibuk tak sibuk jugak la..
Afie banyak buat loan..
Pegawai lebih tumpukan afie pada pengiraan dan kelulusan loan anggota..
Selain tu jugak Afie nie macam orang yang kerja kat bank la senang nak cerita..
Pengeluaran simpanan, keluarkan penyata kewangan, BKP dan lain-lain lagi..
Hehehehe...seronok sangat..
Dapat pulak yang sama kepala...
Syok gile..

Pasni afie plan nak mohon kerja terus kat sini..
Tapi tengoklah pada kekosongan..
Ada rezeki ada lah..
Ok..jumpa lagi..
Salaaaaammm..
sEgAlaNya kU tEriMa
Lebar senyumanku apabila melihat mereka..

Dari jauh mereka memanggil panggilan yang terlalu ku rindu..

Rinduku terubat tatkala itu..

Sungguh! aku tak sangka akan ketemu mereka lagi..

Setiap masa mereka bersamaku..

Memanggil dan terus memanggilku dengan panggilan 'mak teh'..


Namun aku kecewa...aku terkilan...

Terkilan dengan sikap seseorang...

Tiada lagi senyuman..

Apatah lagi gelak ketawanya..

Yang ada hanya dendam dan perasaan benci yang dapat kulihat dari matanya..

Biarkanlah...

Biarkanlah ALLAH yang membalasnya..

Buat abangku...Senyumlah..

Dan ku tahu kau abang yang kuat...

Kini aku rindukan mereka lagi..

Namun rinduku sedikt terubat dengan kehadiran MUHAMMAD DANISH HAFIZ...

Dia memberi keceriaan kepada keluargaku...

Rinduku pada panggilan 'mak teh' tidak dapat ku leraikan lagi...

Aku terlalu rindukan mereka...

Aku rindukan segalanya...






sEgAlaNya kU tEriMa
Berat rasa dihati bila teringatkan mereka..

Rindunya hati aku bila melihat gambar-gambar mereka di telefon bimbitku..

Terasa cukup berat bila terngiyang-ngiyang suara mereka dihujung telinga..

Kemanakah mereka??

Aku rindukan semuanya..

Raya ini aku kehilangan sesuatu yang selama ni aku sentiasa nantikan..

Dapatkah aku melihat mereka raya ini??

Aku inginkan mereka..

Aku rindukan mereka..

Aku rindukan suara mereka..

Aku rindukan telatah mereka..

Aku rindukan panggilan "mak teh"..

Aku rindukan mereka semua...!!!


sEgAlaNya kU tEriMa
Assalamualaikum semua...
Lama afie x update blog afie nie kan?
Bukan x ada cerita nak diceritakan tapi oleh sebab afie laptop afie tu afie tinggal kat rumah,
So terpakse lah menebalkan muka meminjam laptop kawan-kawan afie kat sini..
Kalau nak guna lama-lama segan pulak.. hehehe...
So guna la kejap-kejap je..

Humm..afie dah mula sem baru..
Sem 5 dan sem terakhir afie kat MAKTAB ni..
X-cited pow ye gak coz nak habis study dah.. shuke2!!
Humm planning afie pas habis study nak praktikal dan terus nak keje..
Tapi tengok keadaan dulu lah.. Kalau dapat offer kerja pow bagus jugak..
Hehehheeee... Apa pe pow afie tetap nak sambung lagi..
Hajat nak sambung kat tempat jauh sikit..
Sabah Sarawak pow ok gak kan??
Hehehe.. hajatnya lah tapi tengok rezeki afie kat mana..

Berbalik pada kisah afie selama menyepikan diri di blog nie...
Hari ni afie first time belajar kereta..
Berulang dari Petaling Jaya ke Gombak memang memenatkan badan..
Mana tak nye hujung LRT ke hujung LRT..
Letih sangat2 dan sebab itu jugaklah afie nak habiskan cepat-cepat...
Mula-mula nak belajar tu takut jugak afie coz kawan-kawan afie semua cakap cikgu ajar kereta nie semua garang-garang..
Abang cik afie pow ckp belajar kereta kena tahan kena marah tp terbalik pulak dengan afie..
Cikgu yang ajar afie tu ok orangnya..
X garang n sepanjang afie drive kat kawasan batu 11, Gombak tu die asyik bercerita..
N cikgu tu ajar supaya sentiasa tersenyum..
Lega-lega.. n Afie just bawak kereta 2 kali je kat jalan raya n cikgu tu cakap pasnie belajar bukit, parking n tiga penjuru..
Kalau ok boleh booking untuk pra-ujian n last sekali JPJ..
Dia cakap afie jalan raya dah ok.. Hehehe.. Alhmdullah..!!
Dan masa nak balik afie disuruh bawa kereta ke LRT TERMINAL PUTRA..
Takot sebab waktu tu jalan jem orang balik keje..
Dah lah lalu kat jalan higway..huhuhu..
Tapi afie mesti cuba!!..
Akhirnya dengan 'terkedek-kedek' afie men'drive' kereta sampailah kat LRT tu..
Dan banyak kali mati enjin kete coz gabra n gelabah bila ada lori kat sebelah..

Tu je la untuk hari ini..
Akhirnya tercapai gak hasrat afie nak belajar kereta dan xcited pulak nak dapat lesen..
"habislah kereta umi selalu hilang pasnie..hahaha"
Ok lah.. afie letih sgt malam nie dan nak tido awal..
Esok kelas pagi dan petang..
Amat meletihkan badanku ini..

Salam buat semua..
Wassalam...